Awak
Saya tidak kenal siapa awak, tapi saya harap pertemuan kita nanti merupakan pertemuan yang akan membawa kita ke suatu alam kebahagiaan duniawi yang boleh membantu kita sama-sama menggapai kebahagiaan di akhirat kelak. Saya tidak alim dan saya tidak terpelajar untuk menjaga awak sebaiknya sepertimana ibubapa awak menjaga awak dari kecil sehingga seusia awak sekarang. Saya harap kita sama-sama bahagia dengan pertemuan kita nanti.Saya hidup dalam keadaan bersederhana, syukur Alhamdulillah saya tak pernah merasai kesempitan kewangan tapi saya tidak sukakanya.
Awak…
Saya berkawan dengan ramai orang , Saya pernah tgok macam 2,Tapi saya x jumpa pon awak lg. Mungkin awak dekat dgn saya mungkin tidak, Awak ..... saje je panggil awak .. tp jika awak tau sapa awak pada saya tunjukkanlah satu "hint" . Awak orang cakap bercinta itu haram, dan tiada yang menghalalkan percintaan sebelum masanya walaupun menggunakan istilah “cinta islamik”. Hurmmm. Takpelah awak, saya tak kisah pun sama ada saya tak dapat bercinta dengan awak, tapi sekiranya dalam hati awak tu ada menyimpan perasaan pada saya, saya harap awak turut sama mencintai Tuhan melebihi diri saya. Apalah makna cinta kalau tak disemai dengan buih-buih kemanisan cinta itu sendiri. Walaupun kemanisan cinta itu kebiasaannya terbina melalui pergaulan, percakapan, perbuatan yang membentuk kenangan antara pasangan tapi saya harap awak tidak leka mengharapkan kemanisan cinta dari saya. Awak jaga perasaan cinta itu dengan bimbingan ilahi yer.
Awak, saya sukakan awak…
Saya sedar siapa saya, memanglah muka dan tubuh badan saya 90% tidak seperti Aaron Aziz tapi awak patut sedar hakikat fizikal saya yang sebenarnya. Jujur, saya seorang yang berkacamata disebabkan rabun jauh, mungkin saya tak jelas untuk menilai makna cantik ataupun hodoh. Saya tak kisah siapa pun awak, awak seperti gambar hiasan di atas ni ke tidak, itu bukan pada penilaian saya tapi saya harap awak dapat terima saya seadanya sepertimana saya akan menerima awak seadanya. Awak, sekali awak memberi saya harapan jangan pernah awak mengambilnya kembali ea. Di dunia yang singkat ini saya tak perlukan kemanisan cinta sebelum masanya, tapi saya cuma berharap saya dapat berkongsi cinta yang diberi Tuhan ni kepada awak dengan seikhlasnya.
Awak…
Pernah tak tengok wayang ? Pernah tak karok ? Kalau awak pernah, saya harap bila awak sudah bersedia untuk memberi harapan cinta pada saya, awak takkan pergi lagi tempat sedemikian. Entahlah, ada orang cakap fatwa mengatakan tengok wayang itu haram. Saya tak mampu nak mempertikai dan mengiyakannya, tapi yang pasti saya tidak sukakan suasana wayang yang sungguh gelap tu. Saya takut bila kita terlebih rapat nanti, kita lupa siapa kita di sisi Tuhan yang Maha Melihat seterusnya terikut-ikut dengan trend masyarakat kita yang semakin hanyut dengan dunia. Lagi satu, kalau awak cakap awak nak berkarok untuk releasekan tension, lebih baik awak jangan memberi harapan cinta pada saya. Takpe, saya tak marahkan awak pun, tapi saya harap satu hari nanti awak sedar ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bagi merelease tension seterusnya menambahkan pahala.
Awak, saya sukakan awak…
Awak pernah dengarkan orang cakap “cinta itu buta” ? tapi apa awak faham dengan cinta itu buta ? Awak-awak, nantikan, bila diberi ruang untuk kita merasai cinta sesama manusia, saya harap awak tak pernah buta akan cinta yang awak lalui sehingga kedewasaan awak hari ini. Cinta pada keluarga, cinta pada kerjaya, cinta pada ilmu cinta pada sahabat dan yang paling penting cinta kepada Tuhan. Saya harap sangat-sangat awak tak abaikan kerjaya dan ilmu sebab nanti ianya sangat penting sekiranya diberi peluang untuk kita membina masjid. Hurmmm.
Tapi , Masih adakah wanita yang ingin menjadi pemberi harapan cinta buat saya yang lemah dan tiada bernilai ini. Seandainya, awak mampu memberi harapan cinta dan berubah demi mendekati Tuhan, saya harap datang menghubungi saya.
Salam sayang buat awak yang tidak saya tahu siapa gerangannya…
Kredit to : Syafiq Sali
Gambar hiasan Google image